Disclaimer

In view of the latest developments, please do note that this is a PERSONAL weblog, and expresso nang nyaman mun di polah ngan aek kupi. Reading any part of this blog, kedak lah kita baca crita dak Harry Potter. Upon reading, you immediately waive all rights untuk bekemeh, berak, beringus sambil ngirup sup, dan lain-lain lah. Also do take note that those wishing to Merry Krismas, boleh lah bila-bila masa jak! Such comments could also render the person posting ke Bintulu ka, mun mok jaoh gik.. ke Ghana nun ka bleh juak. Skati lah seney mok di posting la hoh.

Wednesday, December 3, 2008

Koleksi Musim Banjir 2008!

Halop!.. pakabar kitakurang tek? Pakpuj arap.. suma sehat dan gik tengah ngorek taik idong lah.

Hari tok, pakpuj nak pomot sikit laa hal barang-barang nok kinektok tengah hangat di pasaran. Jadi, sekurang-kurangnya.. kita dapat apdet dirik kita setarap ngan dak omputih rah sinun lah hoh.

Jadi, mun ekot.. memang banyak lah benda-benda nok baru nektok.. tapi pakpuj ambik nok kacak dan murah jak lah. Neylah tauk kitakurang bekenan alu kejeron nak meli tek nak ehek. Bah,.. pakpuj simok nak potpetpotpet panjang glak.. jadi,... juhh kita nangga list barang-barang tok tek.

List barang atau eksesori terkini (Koleksi Musim Banjir 2008)

1. Loarbib bersantai koleksi Tommy Durian.
- Serlahkanlah penampilan seksi mu dengan koleksi musim banjir 2008 Tommy Durian. Di datangkan dengan rona ijo terang, ijo tua, ijo ngkodok, dan ijo tua. Harga di atas jalan: RM5400.00 SAHAJA. (Beli sedozen dan percuma sigek berus cat)


2. Pewangi wanita koleksi Isse Miyakin.
- Haruman wanita yang bisa menyemarakkan nafsu kaum lelaki. Dengan adunan bauan stroberi, milo, kupi, teh dan ikor kerbo tua. Rupabentuk botolnya yang amat menawan sebagai koleksi anda di hari tua. Harga di atas jalan: RM1444.00 skilo SAHAJA.


3. Klip rambut koleksi D&G (Dolah & Gaban)
- Serikan penampilan rambutmu dengan klip koleksi Dolah & Gaban. Di datangkan sepasang komplit dengan tali di tengah untuk memudahkan anda menjemor loarbib. Rakan anda pasti terpegun melihat keayuan anda. Harga di atas jalan: RM11400.00 SAHAJA.


4. Gincu bibir koleksi Maybelijak.
- Berginculah sambil bertukang. Gincu yang di datangkan khas dengan tukul pasti menampakkan lagi daya feminin kaum wanita. Harga di atas jalan: RM3800.00 SAHAJA. (Sementara stok masih ngegeh)


5. Anak patong pengantin koleksi Baghbie Doll.
- Hadiahkanlah anak gadis anda dengan patong puteri ayu jelita koleksi Baghbie Doll. Dicipta dengan penoh teliti dan hampir menyerupai seorang manusia sebenar. Anak gadis anda pasti menghargai anda. Harga di atas jalan: RM2200.00 SAHAJA (Warning-Choking Hazard. Rebus dahulu seblom makan.)


6. Mainan Kawalan jauh koleksi Temunek.
- Amat sesuai untuk anak lelaki. Reket bertlinga di datangkan khas dengan alat kawalan jauh supaya memudahkan anak anda bermain tenis. Tenis boleh dikawal sehingga 44km jaohnya. Harga di atas jalan: RM5600.00 SAHAJA (Bateri sik included)


7. Kasut sukan koleksi Glukoste.
- Amat sesuai buat remaja masakini. Koleksi kasut Glukoste pasti akan menyerlahkan penampilan macho kaum lelaki. Tumit khas yang di cipta setinggi yang boleh, membantu anda bejalan selesa dengan kaki umpama penari ballet. Harga di atas jalan: RM3000.00 SAHAJA (Beli spasang dan percuma sbotol kicap)


So, camne tek? murah jak kan? Jadi, ya jaklah yang pakpuj dapat pomot ngan kitakurang. Jadi, sementara gik sale tok.. pakpuj sarankan kitakurang beli lah nok dah di list oleh pakpuj tok tek... supaya nampak apdet dan ngekot aliran zaman nektok. Bah,... pakpuj ngundor dirik lok.. Samekom dan slamat bersopping!

Monday, December 1, 2008

Kata-kata Kiasan

Hi!.. pakpuj muncol lagik ehek. Dan kali tok pakpuj nak eksplen pasal 'Bahsa Kiasan'.. atau lam bahsa omputih nya `De Klebars'. Jadi, munkin rami yang masih sik paham lah tentang bahsa kiasan nok salu kita nenga. Jadi sikpa, pakpuj tok nang terre lah bab bahsa kiasan tok. Jadi mari ari tok kita blaja bahsa kiasan okeh?..

Blaja Bahsa Kiasan:

1. Sepandai-pandai tupei melompat, ahernya stuck.
- Maksudnya: Seandainya kita meli sikok tupei, pastikan kita sumbat nya rah celah kusi. Tandah jak nya setak sia sampei nya blagu dangdut.. bok kita madat idongnya ngan kacang kuda.


2. Harapkan pagar, pagar gik main beskal.
- Maksudnya: Seperti seorang ibu yang sayangkan anaknya, kedak ya lah terjadinya ngan pagar tok. Kira, pagar bok jak dapat beskal baru nok dibeli oleh mak pagar... lalu lah pagar sampei nektok ari layap ngan beskal nya ya. Jadi, kesimpulannya.. berhati-hatilah ngan pagar nektok. Jangan sampei nya kecik ati.


3. Berakit-rakit ke ulu, ahernya sampei ke bulan.
- Maksudnya: Mun kita rajin berakit ke ulu, pasti kita akan sampei ke bulan. Jadi, jangan sangka roket jak dapat nait ke bulan nun.


4. Seperti kacang lupakan loarbib. (loarbib = sloar dalam)
- Maksudnya: Urang nok suka makan kacang, sik semestinya makei loarbib. Jadi, pastikan seblom makan kacang dengan rakan-rakan,.. tilit-tilit lah dalam sloar sidak. Mun dapat, padat-padatkan kemera dalam sloar sidak dan ambiklah gambar banyak-banyak.


Okeh, ya jak lah lok yang pakpuj dapat ngajar ngan kitakurang. Pakpuj nak gi Ostolia lok.. nak julok buah dabei sinun. Sidak madah sinun dah musim nya koh. Bah.. samekom!..
Powered By Blogger