Disclaimer

In view of the latest developments, please do note that this is a PERSONAL weblog, and expresso nang nyaman mun di polah ngan aek kupi. Reading any part of this blog, kedak lah kita baca crita dak Harry Potter. Upon reading, you immediately waive all rights untuk bekemeh, berak, beringus sambil ngirup sup, dan lain-lain lah. Also do take note that those wishing to Merry Krismas, boleh lah bila-bila masa jak! Such comments could also render the person posting ke Bintulu ka, mun mok jaoh gik.. ke Ghana nun ka bleh juak. Skati lah seney mok di posting la hoh.

Sunday, April 27, 2008

Dunia kini didepan jamban anda, Semesti nya Brita Tibi 14

Samekom, dan salam kapalselam kepada suma. Saya Ahmad Labuk dari Tibi 14. Berikut adalah intipati berita penting untok hari tok:

Brita tempatan:
1.Kes bunoh katak ijo.

2.Pesta Kuching - 14,000 loarbib untok ditempek ke muka.
3.Koperasi kicap tebakar.
4.Pilihanraya umum - 11 menteri dikuatiri besomet.

Brita dunia:
1.UK bakal pengeluar rusip dunia.

2.Bush meli berus gigi rona pink.
3.Isu perang Iraq - Kerajaan mengharamkan pistol aek.
4.Konflik Jepon Korea - Penyelesaian melalui doremon.

Samekom. Mula-mula brita tempatan.

1. Kes bunoh katak ijo -Smalam pulis tlah menangkap kira-kira 14 urang saspek berikutan melantak katak ijo nok coba nyeberang jeraya rah kampong Ajibah Abol dekat ngan kedei Tonghin. Menurut sumber, katak ijo itu merupakan plajar Universiti Tonghin dalam jurusan IT dan merupakan satu-satunya plajar paling ijo dan puro. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.14pm smalam tlah disaksikan oleh 144 urang yang terdiri daripada tokey Tonghin, mak datin-mak datin, plajar-plajar dan Seripah Jenab. Kes masih dalam siasatan.

2. Pesta Kuching -Penganjur pesta, Datuk Wan Tu Tri tlah menyediakan kira-kira 14,000 loarbib untok ditempek ke muka sidak plancong sebagai tanda bermulanya pesta. Mengulas ucapan Datuk Wan Tu Tri yang bebunyi "Errr....sayaa...errr..no komen". Pesta Kuching yang akan bermula pada musim sejok akan berlanjutan slamak 4 bulan. Dijangka kira-kira 14,000 plancong akan membanjiri Kuching yang terdiri daripada plancong penan Eropah, dan urang dusun UK.

3. Koperasi kicap tebakar -Koperasi kicap di jalan Stampin, Matang tlah tebakar dimana sekurang-kurang nya sigek kotak tisu cedera parah. Bomba tlah bekejar ke tempat kejadian dan bejaya memadamkan api sambil makan biskut perisa cekelet. Kerugian dianggarkan kira-kira RM1.35sen. Tuan punya koperasi, Mat Jahar ketika ditemui dalam keadaan malat sambil meminta pihak atasan supaya membayar kerugian yang di hadapi nya.

4. Pilihanraya umum -Menteri petahanan smalam tlah membahaskan kekuatiran beliau tentang 11 menteri kabinet nya yang berkemungkinan nginang somet. Menurut sumber, tindakan undang-undang munkin akan dikenakan kepada menteri kabinet itu. Somet mereka munkin akan dicukor dan dipos ke luar negri. Satu petisyen daripada salah sorang ahli kabinet tlah di ajukan kepada DYMM AGUNG meminta supaya undang-undang mengecop daie makei stampad diperkenalkan.

Kini kita beraleh ke brita luar negri.

1. UK bakal pengeluar rusip dunia -Menteri sosial UK tlah membuat liputan akhbar dan menyatakan kesediaan negara untok menjadi pengeluar rusip terbesar dunia. Sehingga haritok, UK tlah memblanjakan kira-kira 4 juta paun sterling dalam bidang R&D rusip. Rusip memang merupakan makanan asasi penduduk UK, dimana sebahgian penduduk amat gemar rusip dipalit ngan ruti paun untok hidangan bekpes di awal pagi.
2. Bush meli berus gigi rona pink -Presiden Amerika, Bush tlah meli berus gigi rona pink disebuah supermarket marek. Menurut sumber white house, Bush dah lamak ngidam berus gigi rona pink kerna nampak sweet dan feminin. Sluruh akhbar Amerika telah membuat liputan secara besar-besaran tentang berus gigi tok. 4 urang bodigad tlah ditugaskan untok mengawal berus gigi Bush, setelah terdapat beberapa cubaan untok membunoh berus gigi tersebut.


3. Isu perang Iraq -Kerajaan iraq hari tok tlah mengharamkan penggunaan pistol aek kerna hampir sparuh penduduk Iraq menjadi mangsa baju lebor-laor dan basah berikutan militan bersayap diketeyak membuat serangan mengejut nembak pistol aek. Dalam serangan terbaru, kira-kira 14 urang terbeylak kerna suka nak meylak dikpun.

4. Konflik Jepon Korea -Konflik yang tlah belanjutan slamak 14 taun munkin akan beraher di mana kerajaan Jepon sedia menghantar Doremon untok berondeng. Menteri Jepon dengan tegasnya tlah mengulas,"Kamek amat berbanggalah kerna Doremon sanggup menjadi duta mekurang ke Korea nun..dan sebagei ganjaran nya, loarbib akan ditempek rah muka doremon klak". Doremon dijangka akan menyampeikan kira-kira 14 kotak kondom kepada menteri Korea setiba nya beliau di Seoul klak.

Sekian sahaja ulasan brita Tibi 14 dan slamat malam.


Gamba Ikhsan Tibi14

No comments:

Powered By Blogger